Wednesday, 31 October 2012

Lompat Tali

    Selain aktiviti Farklet dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular, lompat tali juga dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular.

    Kita boleh melakukan aktiviti lompat tali di mana-mana sahaja. Di samping itu, aktiviti lompat tali boleh dijalankan secara individu, berpasangan atau berkumpulan dalam bebas atau berstesen.


    Lompat tali bukan sahaja dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular, ia juga boleh mengekalkan berat badan kita. Untuk mendapat kesan yang optimum, kita mesti menlakukanya secara berterusan sekurang-kurangnya 10 minit dan 3 kali setiap minggu dengan setiap hari 30 minit.


    Terdapat pelbagai gaya lompat tali. Contohnya,melompat ke sisi dari belakang, setempat atau sambil bergerak. Lompatan juga boleh dilakukan dengan ayunan tali dari hadapan atau belakang.







    Rakan-rakan, marilah melakukan aktiviti ini setiap hari.



Apa itu Fartlek ?




Fartlek merupakan latihan yang mencabar. Fartlek boleh dijalankan dengan berlari turun tangga, berjalan, berlari sisi dan skip.




   Aktiviti Fartlek boleh dijalankan secara berselang-seli. Ini dapat membolehkan kita tidak berasa bosan apabila melakukannya.
        
  Di samping itu, aktiviti Fartlek sesuai dilakukan di sekolah. Latihan  Fartlek bukan sahaja seronok dilakukan tetapi ia juga dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular kita. 

  Jadi, marilah bersama-sama melakukannya selama 30 minit setiap hari.

 

Sunday, 28 October 2012

Aspek Keselamatan Sebelum Dan Selepas Bersenam



Apakah yang anda kena tahu sebelum dan selepas bersenam?




Untuk mengurangkan risiko kecederaan,kita seharusnya:


1.    Memakai pakaian dan menggunakan peralatan yang sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan.

2.  Mengambil kadar nadi sebelum,semasa dan selepas bersenam.
 
3.  Melakukan aktiviti memanaskan badan, regangan dan kelonggaran terlebih dahulu.

4.  Selepas bersenam, lakukan aktiviti menyejukkan badan yang dapat menurunkan kadar nadi asal.