Friday, 14 December 2012

Ujian segak


STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK) SEKOLAH RENDAH 
  • Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah 
  • " SEGAK ” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sessi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.
Matlamat SEGAK
Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. 

Objektif SEGAK
 Murid dapat :
  1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;
  2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;
  3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;
  4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
  5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

Cara Menjalankan
  1. Ujian ini dijalankan kepada semua murid tahap 2 iaitu Tahun 4 hingga Tahun 6.
  2. Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma.
  3.  Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka.
  4. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut: 
  • Naik Turun Bangku ( 3 minit )
  • Tekan Tubi ( 1 minit )
  • Ringkuk Tubi Separa (1 minit )
  • Jangkauan Melunjur
  1. Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.
  2. Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos.
  3. Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan yang sama.

Naik Turun Bangku ( 3 minit )



Tekan Tubi ( 1 minit ) (Lelaki)



Tekan Tubi ( 1 minit ) (Perempuan)



Ringkuk Tubi Separa (1 minit )




Jangkauan Melunjur


2 comments:

  1. Murid paling suka ujian naik turun bangku dan jangkauan melunjur.

    ReplyDelete
  2. Penerangan ini jelas dan menyenangkan saya untuk menjalankannya :)

    ReplyDelete