Tuesday, 11 December 2012

Lontar Peluru

Keselamatan Semasa Aktiviti Lontar Peluru

Antara aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian ialah:

  • aktiviti perlu dijalankan di bawah pengawasan guru.
  • pakai pakaian dan kasurt yang sesuai dan selesa.
  • sektor lontaran perlu jauh daripada tempat laluan.
  • mulakan aktiviti dengan memanaskan badan dan akhiri aktiviti dengan menyejukkan badan.
  • peluru yang basah perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum melakukan lontaran.

Undang-undang dan peraturan asas lontar peluru

  • lontaran dilakukan dari dalam bulatan lontaran.
  • peluru dilontar dengan sebelah tangan dari atas bahu.
  • peluru hendaklah dirapatkan pada bahagian leher di bawah telinga sebelum lontaran.
  • peluru mesti mendarat di dalam sektor lontaran.
  • lontaran dikira batal sekiranya pelontar menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak di atas blok penahan semasa melakukan lontaran.
  • pelontar dikehendaki keluar melalui bahagian belakang bulatan lontaran.



Tahukah Anda?
   Berat peluru bagi murid lelaki dan perempuan sekolah rendah ialah 2.72 kg.

2 comments:

  1. Bagi pelajar yang tidak dapat berlari pantas, berbadan besar, sukan ini amat sesuai untuk mereka.

    ReplyDelete
  2. Bukan semua murid yang berbadan besar bertenaga. Perlukan mengajar mereka cara yang betul , barulah tenaga boleh dikeluarkan.

    ReplyDelete