Tuesday, 11 December 2012

Lontar Peluru


  • Acara lontar peluru adalah salah satu acara olahraga.
  • Lontar peluru mula dipertanding sebagai acara padang pada tahun 1896 dalam sukan Olimpik di Athens.
  • Acara ini memerlukan kekuatan otot, kuasa dan kelajuan.
  • Peluru dalam acara ini diperbuat daripada besi yang padu atau tembaga.

(A) Acara Lontar Peluru


(B) Kemahiran Melontar Peluru

Kita boleh melontar peluru dengan pelbagai teknik lontaran seperti:
  • gaya berdiri
  • gaya gelongsor selangkah
  • gaya putaran 
  • gaya O'Brien

Gaya O'Brien merupakan teknik yang paling popular.
Gaya O'Brien ini bersempena dengan nama parry O'Brien, iaitu atlet Amerika Syarikat yang mula memperkenalkan teknik lontaran ini.






Teknik lontar peluru gaya O'Brien terdiri daripada empat fasa' iaitu fasa persediaan, fasa gelongsor, fasa lontaran dan fasa ikut lajak.

  • Berdiri di belakang bulatan dengan membelakangkan sektor lontaran.
  • Condongkan badan , kaki kiri diangkat ke belakang dengan lutut fleksi.
  • Imbangkan badan dengan tangan kiri.


  • Kaki kiri menendang ke belakang sambil engsotkan kaki kanan ke tengah bulatan.
  • Letakkan kaki kiri di belakang blok penahan.
  • Rendahkan kedudukan badan.





  • Gerakkan kaki ke arah lontaran sambil kilas pinggang.
  • Angkat badan ke atas dan halakan dada ke hadapan.
  • Tolak peluru dari bahagian atas bahu.


  • Tukar dengan pantas kaki kanan ke hadapan dan kaki kiri digerakkan ke belakang.
  • Fleksi lutut kaki hadapan.
  • Pindahkan berat badan dari kaki kiri ke kaki kanan.








2 comments:

  1. Guru yang mengajar perlu menguasai teknik sebenar dan melatih pelajar menggunakan teknik yang betul untuk mengelakkan kecederaan berlaku.

    ReplyDelete
  2. memang betul. Berat bola peluru lelaki dan perempuan adalah tidak sama.

    ReplyDelete