Thursday, 29 November 2012

Kuasa

Apakah Kuasa?
         Kuasa ialah kemampuan otot melakukan pergerakan yang pantas dengan daya maksimum dalam tempoh masa yang singkat.
  • Pemain badminton yang mempunyai kuasa otot yang baik pada bahagian tangan dan kaki mampu melompat tinggi sambil mengayun tangan dengan pantas ketika melakukan pukulan smesy.

(A) Aktiviti sukan yang melibatkan kuasa

Kuasa otot diperlukan untuk melakukan pergerakan seperti :
  • lari pecut
  • angkat berat
  • balingan 
  • lontaran
  • lonjakan
  • lompatan
  • rejaman



Tahukah anda?
  • Semasa melakukan aktiviti yang melibatkan kuasa, kita perlu mamakai pakaian dan kasut yang sesuai.
  • Kawasan aktiviti dan alatan yang digunakan mestilah dalam keadaan baik dan selamat.
  • Perlu mematuhi arahan guru.
  • Melakukan aktiviti mengikut kemampuan dan tahap kecergasan diri.


1 comment:

  1. Setiap orang mempunyai kuasa. Apabila melalui latihan yang profesional, kuasa itu dapat diwujudkan.

    ReplyDelete