Friday, 30 November 2012

Kuasa

(B) Aktiviti untuk meningkatkan kuasa


  • Kita boleh melakukan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kuasa otot seperti ketingting, melompat, melontar bola segar dan melompat selang-seli.
  • Aktiviti ini juga dapat meningkatkan kekuatan otot dan kelajuan dalam pergerakan.

Mari lakukan aktiviti yang berikut mengikut kemampuan diri:

(1) Ketingting dan melompat

  • Aktiviti ini dapat meningkatkan kuasa otot pada bahagian kaki.
  • Ketingting, melompat dan mendarat

(2)Baling bola sofbol
  • Aktiviti ini dapat meningkatkan kuasa otot pada bahagian tangan dan bahu.
  • Berdiri sambil memegang bola dengan sebelah tangan pada aras bahu.
  • Baling bola dengan pantas kepada rakan.
  • Ulang aktiviti sebanyak tiga kali.

(3)Latihan melontar bola segar


  • Aktiviti ini dapat membantu meningkatkan kuasa otot pada bahagian tangan dan bahu.
  • Berdiri dengan badan tegak sambil memegang bola dengan dua tangan pada aras bahu.
  • Lontar bola dengan pantas ke hadapan.
  • Ulang aktiviti sebanyak tiga kali.

(4)Lompat berhalangan


  • Aktiviti ini melibatkan kuasa otot pada bahagian kaki.
  • Lompat dan mendarat dengan kedua-dua belak kaki sambil lutut difleksi.

(5)Lompat anjal


  • Aktiviti ini dapat meningkatkan kuasa otot pada bahagian kaki.
  • Lompat ke bawah dan mendarat denga kedua-dua belah kaki serentak sambil difleksi dan terus lompat lurus ke atas.
  • Perlakuan dalam aktiviti ini hendaklah dilakukan secara berterusan.

Thursday, 29 November 2012

Kuasa

Apakah Kuasa?
         Kuasa ialah kemampuan otot melakukan pergerakan yang pantas dengan daya maksimum dalam tempoh masa yang singkat.
  • Pemain badminton yang mempunyai kuasa otot yang baik pada bahagian tangan dan kaki mampu melompat tinggi sambil mengayun tangan dengan pantas ketika melakukan pukulan smesy.

(A) Aktiviti sukan yang melibatkan kuasa

Kuasa otot diperlukan untuk melakukan pergerakan seperti :
  • lari pecut
  • angkat berat
  • balingan 
  • lontaran
  • lonjakan
  • lompatan
  • rejaman



Tahukah anda?
  • Semasa melakukan aktiviti yang melibatkan kuasa, kita perlu mamakai pakaian dan kasut yang sesuai.
  • Kawasan aktiviti dan alatan yang digunakan mestilah dalam keadaan baik dan selamat.
  • Perlu mematuhi arahan guru.
  • Melakukan aktiviti mengikut kemampuan dan tahap kecergasan diri.


Tuesday, 27 November 2012

Masa Bertindak Balas

(B) Aktiviti untuk meningkatkan masa bertindak balas.
Masa tindak balas dapat ditingkatkan dengan melakukan aktiviti seperti menangkap bola dari pelbagai arah dan memikul bola pingpong pada dinding.


Marilah kita lakukan aktiviti berikut bersama-sama rakan kita .

  • bergerak dengan pantas untuk menangkap bola.
  • kembali ke tempat asal.
  • pastikan peralatan yang digunakan selamat.
  • patuhi setiap arahan guru.



  • dalam kedudukan statik, pukul bola pingpong ke atas meja secara berterusan.
  • pastikan bola pukulan masuk ke gelanggang sebelum kena pada dinding.

Tahukah anda? 
       Selain bertindak pantas dalam melakukan sesuatu pergerakan dan tindakan, kita juga perlu bertindak pantas dalam membuat sesuatu keputusan.
         Tindakan yang pantas dapat mengelakkan risiko kemalangan dan kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan dan aktiviti harian.


Monday, 26 November 2012

Masa Tindak Balas

Terdapat pelbagai aktiviti sukan yang membolehkan kita bertindak pantas.

(A) Aktiviti yang melibatkan masa tindak balas
  • Pelbagai pergerakan dalam aktiviti sukan memerlukan kita bertindak dengan pantas.
  • Yang berikut ialah dua contoh dalam aktiviti permainan yang  memerlukan masa tindak balas yang baik.








Sunday, 25 November 2012

Masa Tindak Balas

Apakah maksud masa tindak balas?

  • Masa tindak balas bermaksud tempoh yang diambil untuk bertindak atau memulakan pergerakan setelah sesuatu rangsangan.
Sebagai contoh:
     Ghazi telah bertindak pantas menangkap tali layang-layang yang terlepas daripada tangan Ravi. Tindakan pantas Ghazi telah menyelamatkan layang-layang Ravi daripada diterbangkan oleh angin.
     Tindakan pantas Ghazi itu menunjukkan dia mempunyai masa tindak balas yang baik.





Friday, 23 November 2012

Kemahiran Bola Keranjang

             Rakan-rakan, Prezi ini adalah mengenai kemahiran bola keranjang. Ini akan menerangkan kemahiran asas melantun bola dengan teknik yang betul. Ini juga akan memupuk keyakinan anda semasa melakukan aktiviti melantun bola.



Thursday, 22 November 2012

Sukan Mini

    Rakan-rakan, kita boleh mengadakan sukan mini di sekolah dengan menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik.





Wednesday, 21 November 2012

Daya Tahan Otot

       Daya tahan otot ialah tahap kemampuan otot untuk melakukan kerja berulang kali dalam tempoh masa yang panjang.

      Tahukah anda, atlet lumba basikal negara mempunyai daya tahan otot yang tinggi. Ini adalah kerana mereka dapat melakukan kayuhan tanpa henti pada jarak yang jauh.

     Antara aktiviti daya tahan otot ialah sokong dari lakuan duduk.


Duduk dengan selesa. Letakkan tapak tangan di atas peti lombol. Tegakkan badan.





Tekankan tapak tangan pada peti lombol sehingga punggung terangkat. Kekalkan posisi selama empat saat. Ulang lakuan mengikut kemampuan.



Monday, 19 November 2012

Latihan Ketangkasan

Aktiviti atau Latihan Untuk Meningkatkan Ketangkasan


Tahukah anda, kita boleh melakukan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan ketangkasan. Jika kita menjalankan latihan seperti yang ditunjukkan di bawah, pergerakkan kita akan semakin pantas dan mahir.
 Marilah melakukan pergerakan berikut untuk meningkatkan ketangkasan anda:



i) Menahan dan menendang bola


Cara: Menahan dan menendang bola dari pelbagai arah secara berterusan.


ii) Pukulan bayangan


Cara: Aksi memukul bulu tangkis di pelbagai arah dan aras dengan raket badminton.



iii) Menahan pukulan bola hoki


Cara: Katangkasan penjaga gol mengawal pintu gol.



iv) Menghantar dan menangkap bola dari pelbagai arah

Cara: Menghantar dan menangkap bola dari arah kanan, kiri, depan dan belakang secara berterusan.



v) Melantun bola secara zig-zag



Cara: Melantun bola mengelilingi setiap skital.



Sunday, 18 November 2012

Ketangkasan


APA ITU KETANGKASAN?

     
        Hai rakan-rakan, hari ini marilah saya menerangkan apa itu ketangkasan? Ketangkasan ialah kebolehan mengubah posisi  badan dan arah dengan pantas ketika melakukan aktiviti.

        Sudah tahu apa itu ketangkasan, sekarang marilah kita melihat aktiviti yang melibatkan ketangkasan. 

       Ketangkasan penting dalam situasi permainan. Contohnya ketika mengelecek bola untuk melepasi pihak lawan dalam permainan bola keranjang, bola baling, bola sepak dan hoki.

       Di samping itu, ketangkasan juga dapat membantu kita mengelakkan kemalangan atau kecederaan semasa melakukan aktiviti harian.



Ketangkasan mengelak dalam permainan ragbi sentuh dapat membantu pemain melepasi pihak lawan.


Ketangkasan pemain menukar arah dan mencari ruang dapat membantu pemain menjaringkan gol dalam permainan bola baling.





Tuesday, 13 November 2012

Olahraga - Lari Berpagar


Acara 80 meter lari berpagar dipertandingkan di peringkat sekolah rendah. Acara ini dikategorikan sebagai acara pecut. Lari berpagar melibatkan aksi memecut, melangkah lepas serta ritma langkahan di antara pagar.


Monday, 12 November 2012

Olahraga - Lontar Peluru


Olahraga terdiri daripada dua kategori, iaitu acara padang dan balapan. Contohnya, acara lontar peluru dan lari berpagar.

Lontar peluru mula dipertandingkan sebagai acara padang pada tahun 1896 dalam sukan Olimpik di Athens. Acara ini memerlukan kekuatan otot, kuasa dan kelajuan. Peluru dalam acara ini diperbuat daripada besi yang padu atau tembaga.












Friday, 9 November 2012

Sepak Takraw


Permainan ini telah mula dimainkan sejak zaman kesultanan Melaka. Sepak takraw dahulunya dikenali sepak raga.

Sepak takraw telah dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Kemahiran asas yang terdapat dalam permainan sepak takraw ialah sepak mula, mengawal, menghantar, mengumpan dan merejam.




Bola Sepak Takraw









Wednesday, 7 November 2012

Bola Tampar


Permainan bola tampar boleh dimainkan di gelanggang sama ada di luar atau di dalam dewan. Di samping itu, permainan bola tampar dipertandingkan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Di peringkat sekolah rendah, permainan ini dikenali sebagai bola tampar mini. Kemahiran asas dalam permainan bola tampar ialah menyangga, servis, mengumpan, merejam dan mengadang





Bola Keranjang


         Permainan bola keranjang dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada lima orang atau tiga orang sepasukan.


         Selain itu, permainan bola keranjang juga boleh dimainkan di gelanggang terbuka atau di dalam dewan. Kemahiran asas dalam bola keranjang adalah menghantar, menerima, melantun, mengelecek, mengadang dan menjaring.



Tuesday, 6 November 2012

Imbangan


Rakan-rakan, tahukah anda! Imbangan yang baik dapat menstabilkan pergerakan ketika berjalan, berlari, berbasikal, bersenam dan dalam pelbagai aktiviti harian.
 Selain itu, imbangan ialah keupayaan individu untuk mengekalkan posisi badan sama ada dalam keadaan statik ataupun dinamik.

Salah satu imbangan statik ialah imbangan dekam:




Imbangan dinamik merupakan satu urutan pergerakan ke hadapan. Aktiviti ini memerlukan kita merendahkan badan untuk mendapat kestabilan.
        Contoh imbangan dinamik:













Sunday, 4 November 2012

Fleksibiliti


Rakan-rakan, sudahkan anda mencuba latihan-latihan yang telah dibincang sebelum ini? Harap dapat membantu kamu menyihatkan badan. Hari ini, saya akan membincang tentang fleksibiliti dalam senaman.

Fleksibiliti ialah keupayaan meregangkan otot dan menggerakkan sendi dengan bebas semasa melakukan aktiviti fizikal.

Terdapat pelbagai aktiviti sukan yang melibatkan flesibiliti. Gambar-gambar di bawah merupakan contoh aksi dalam sukan yang melibatkan fleksibiliti.

Gambar 1: Aksi menangkis pukulan smesy dalam permainan badminton.




Gambar 2: Aksi merejam dalam permainan sepak takraw.




Gambar 3: Aksi meleretkan bola dalam permainan boling. 




Gambar 4: Aksi bergayut dalam sukan gimnastik.









        Selain daripada fleksibiliti dalam aktiviti-aktiviti sukan. Kita juga boleh melakukan pelbagai aktiviti yang lain untuk meningkatkan fleksibiliti. Contohnya, gulingan, menyusup, mengilas, membongkok dan meleding.

Rakan-rakan, mari lakukan aktiviti yang berikut mengikut kemampuan diri.




(i)    Melangkah dan menyusup gelung


Cara: Melangkah ke dalam gelung, kemudian menyusup keluar tanpa menyentuh gelung.





(i)    Meleding, membongkok dan mengilas


Cara: Menghantar dan menerima bola secara meleding, melalui celah kangkang dengan membongkokkan badan dan akhirnya dengan mengilaskan pinggang ke kiri dan ke kanan.




(i)    Baring, angkat sebelah kaki ke sisi


Cara: Baring dengan keadaan tangan depang dan silang kaki kanan ke sisi kiri. Kemudian kaki kiri ke sisi kanan. Lakukan aktiviti perlahan-lahan dan elakkan pergerakkan secara enjutan.




(ii)   Pusing berpasangan


Cara: Berdiri dengan kedua-dua belah tangan memegang tangan rakan. Pusingkan badan serentak dengan rakan.



(iii) Egg Roll





Cara: Duduk dengan tangan memegang kedua-dua belah kaki seperti gambar di sebelah. Kemudian, guling dalam bentuk bulatan.