Monday, 24 December 2012

Keselamatan Semasa Menjalankan Aktiviti Gimnastik

       Rakan-rakan, kita hendaklah selalu menjaga keselamatan semasa melakukan sesuatu aktiviti sama ada di sekolah atau di rumah.
       Terdapat beberapa perkara yang penting semasa menjalankan aktivti gimnastik:
  1. Lakukan aktiviti mengikut kemampuan diri.
  2. Fleksi lutut untuk menyerap daya semasa mendarat.
  3. Pakai pakaian yang sesuai semasa beraktivit.
  4. Beraktiviti di tempat yang rata dan selamat.
  5. Pembantu perlu berada hampir dengan pelaku semasa melakukan aktiviti.
  6. Lakukan aktiviti di atas tilam atau permukaan yang lembut.
  7. Lakukan aktiviti di bawah pengawasan guru. 

      Selain itu, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian semasa melakukan pola pergerakan ayunan :
  • Letakkan tilam di bawah palang untuk mendarat.
  • Sesuaikan ketinggian palang dengan pelaku.
  • Penyokong sentiasa mengawasi pelaku.  


Gimnastik Artistik: Ayunan



Hari ini kita berbincang tentang pola pergerakan 6, iaitu ayunan
  • pola pergerakan ini memerlukan kekuatan dan daya tahan otot bahagian tangan semasa melakukan ayunan.
 (A) Ayunan kaki pada sokongan tangan
  • Letakkan tangan seluas bahu di atas palang imbangan.
  • Luruskan siku.
  • Rapatkan dan luruskan kaki.
  • Tegakkan badan.
  • Dari kedudukan sokongan tangan, ayunkan kaki ke depan dan ke belakang.

  • Berdiri tegak di bawah palang, luruskan tangan ke atas.
 

  • Lompat dan pegang palang dengan selesa( penyokong bantu ketika melompat)
  • Mata pandang ke hadapan.


 

  • Ayunkan kaki ke hadapan dan ke belakang.
  • Berikan isyaratkepada penyokong untuk berhenti. 

        

    Sunday, 23 December 2012

    Gimnastik Artistik : Rangkaian

    • Rangkaian ialah gabungan kemahiran yang sama atau yang berbeza.
    • Kemahiran tersebut perlu dilakukan secara berturut-turut.

    Mari kita gabungkan pergerakan gayut sambil ayun, guling depan kaki rapat dan lompat rusa untuk membentuk satu rangkaian pergerakan.


    Saturday, 22 December 2012

    Gimnastik Artistik : Hamburan 2

    (ii) Lompat Rusa

    • berdiri tegak, tangan di sisi.
    • langkah ke hadapan.
    • ayunkan tangan ke hadapan dan lompat dengan sebelah kaki.

    • fleksi kaki hadapan dan luruskan kaki belakang.
    • ayunkan kedua-dua belah tangan ke atas.
    • rapatkan kaki dan mendarat dengan kedua-dua belak kaki.
    • berdiri tegak dan tangan di sisi tangan.

    Gimnastik Artistik: Hamburan 1

    Hai, rakan-rakan, aktiviti utama gimnastik artistik ialah imbangan, ketangkasan dan lombol.
    Aktiviti ini melibatkan enam pola pergerakan, iaitu:
    1. pendaratan
    2. statik
    3. gerak edar
    4. putaran
    5. hamburan
    6. ayunan

    Mari saya menceritakan pola pergerakan 5, iaitu hamburan

    • Pola pergerakan hamburan memerlukan koordinasi anggota tubuh badan sewaktu melakukan pergerakan.
    (i)Lompat Dakap 




    • berdiri tegak, tangan di sisi.
    • langkah ke hadapan, rapatkan dan jengketkan kaki
    • lompat dengan kedua-dua belah kaki.

    • angkat lutut ke dada, peluk dengan kedua-dua belah tangan.
    • lepaskan lutut dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.
    • berdiri tegak dan luruskan tangan ke atas.

    Friday, 21 December 2012

    Wednesday, 19 December 2012

    Gimnastik Irama: ketangkasan

    (B) Pergerakan : Ketangkasan

    Guling Depan

    • Aktiviti ini berkonsepkan putaran dan pusat grativiti.
    • Variasi pergerakannya dilakukan dengan kedudukan mula dan kedudukan akhir yang berbeza.
    Mari kita cuba lakukan aktiviti ini:


    • Dekam dengan berat badan di atas kedua-dua bebola kaki.
    • letakkan kedua-dua tapak tangan ke lantai dan pindahkan berat badan ke tapak tangan.
    • rapatkan dagu ke dada da naikkan punggung. Mendarat dengan bahagian atas belakang menyentuh lantai.
    • Pindahkan berat badan ke hadapan 


    Gimnastik Irama: Lompatan

    Aktiviti gimnastik ini boleh dilakukan secara individu atau berpasangan.

    (A) Pergerakan: Lompatan

    Lompat Kucing

    • Lompat kucing memperagakan  asas melompat, iaitu melompat dari satu kaki ke satu kaki yang lain.




    Monday, 17 December 2012

    Pendidikan Pergerakan: Definisi Gimnastik Artistik

    (B)Gimnastik Artistik

    • aktiviti utama gimnastik artistik ialah imbangan, ketangkasan dan lombol.
    • aktiviti ini melibatkan enam pola pergerakan:
    1. pendaratan
    2. stastik
    3. gerak edar
    4. putaran
    5. hamburan
    6. ayunan
    • pelaksanaan setiap pola pergerakan ini mementingkan ketepatan dan kesempurnaan.

    Latihan

    Sunday, 16 December 2012

    Pendidikan Pergerakan: Definisi Gimnastik Irama

    Gimnastik Irama

    • gimnastik irama ialah pergerakan yang dilakukan segerak dengan ritma.
    • pergerakan tubuh yang terhasil daripada lakuan ini adalah secara koordinasi.
    • aktiviti gimnastk ini boleh dilakukan secara individu atau berpasangan.

    Gimnastik Irama dibahagi kepada 4 bahagian:
    1. lompatan ( lompat kucing )
    2. ketangkasan ( guling depan )
    3. teknik alatan 
    4. rangkaian pergerakan


    Friday, 14 December 2012

    FLYER SEGAK

    FLYER SEGAK

    BUKU PANDUAN SEGAK


    Ujian segak


    STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK) SEKOLAH RENDAH 
    • Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah 
    • " SEGAK ” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sessi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.
    Matlamat SEGAK
    Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. 

    Objektif SEGAK
     Murid dapat :
    1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;
    2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;
    3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;
    4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
    5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

    Cara Menjalankan
    1. Ujian ini dijalankan kepada semua murid tahap 2 iaitu Tahun 4 hingga Tahun 6.
    2. Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma.
    3.  Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka.
    4. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut: 
    • Naik Turun Bangku ( 3 minit )
    • Tekan Tubi ( 1 minit )
    • Ringkuk Tubi Separa (1 minit )
    • Jangkauan Melunjur
    1. Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.
    2. Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos.
    3. Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan yang sama.

    Naik Turun Bangku ( 3 minit )



    Tekan Tubi ( 1 minit ) (Lelaki)



    Tekan Tubi ( 1 minit ) (Perempuan)



    Ringkuk Tubi Separa (1 minit )




    Jangkauan Melunjur


    Thursday, 13 December 2012

    Pendidikan Pergerakan

    Apa Itu pendidikan pergerakan?
    • Pendidikan pergerakan ialah pendidikan berasaskan pola-pola pergerakan yang telah ditetapkan dan yang melibatkan rangkaian pergerakan.
    • Terdapat gimnastik irama dan gimnastik artistik.
    Gimnastik Irama



    Gimnastik artistik



    Wednesday, 12 December 2012

    Teknik lari berpagar

    Rakan-rakan, teknik lari berpagar yang baik membolehkan kita menamatkan larian dalam masa yang singkat. Antara teknik tersebut ialah:

    • mengekalkan ritma dan bilangan langkah yang sama di antara pagar.
    • berada lebih kuran selangkah setengah dari pagar sewaktu hendk melakukan langkah lepas.
    • membongkokkan badan semasa langkah lepas.
    • mengangkat dan menarik kaki belakang dengan pantas ke hadapan ketika aksi langkah lepas.
    • mengekalkan ritma larian sewaktu hendak melakukan langkah lepas.

    Semasa melakukan teknik larian ini, banyak otot utama yang terlibat seperti yang ditunjuk dalam gambar di bawah:



    Rakan-rakan, sila cuba latihan di bawah :


    Keselamatan semasa menjalankan acara lari berpagar


    • Acara lari berpagar memerlukan kita memecut, melangkah lepas, memfleksi kaki belakang dan mengayun lepas di atas palang pagar serta mendarat.
    • Perlakuan ini memerlukan kecergasan yang baik dan banyak melibatkan otot.
    • Tahap kecergasan yang rendah dan kurang perhatian pada aktiviti memanaskan badan serta regangan boleh mengundang risiko kecederaan.
    • Jadi, kita perlu mengamalkan beberapa aspek keselamatan sebelum memulakan aktiviti lari berpagar.

    Lari Berpagar

    Kemahiran Lari Berpagar
    Lari berpagar mempunyai empat fasa:
    1. fasa permulaan
    2. fasa larian
    3. fasa langkah pagar
    4. fasa mendarat
    Mari kita lakukan bersama-sama.





    • Angkatkan dan lunjurkan kaki kiri ke hadapan.
    • Bulatkan badan dan ayunkan tangan.
    • Fleksi lutut kaki kanan, ayunkan melepasi pagar.



    Keselamatan:
     Semasa berlari, mata perlu sentiasa pandang ke hadapan dan bukannya ke bawah.




    Lari Berpagar


    • Acara 80 meter lari berpagar dipertandingkan di peringkat sekolah rendah.
    • Acara ini dikategorikan sebagai acara pecut.
    • Lari berpagar melibatkan aksi memecut, melangkah lepas serta ritma langkahan di antara pagar.
    Peralatan dan kawasan larian

    Tuesday, 11 December 2012

    Lontar Peluru

    Keselamatan Semasa Aktiviti Lontar Peluru

    Antara aspek keselamatan yang perlu diberi perhatian ialah:

    • aktiviti perlu dijalankan di bawah pengawasan guru.
    • pakai pakaian dan kasurt yang sesuai dan selesa.
    • sektor lontaran perlu jauh daripada tempat laluan.
    • mulakan aktiviti dengan memanaskan badan dan akhiri aktiviti dengan menyejukkan badan.
    • peluru yang basah perlu dikeringkan terlebih dahulu sebelum melakukan lontaran.

    Undang-undang dan peraturan asas lontar peluru

    • lontaran dilakukan dari dalam bulatan lontaran.
    • peluru dilontar dengan sebelah tangan dari atas bahu.
    • peluru hendaklah dirapatkan pada bahagian leher di bawah telinga sebelum lontaran.
    • peluru mesti mendarat di dalam sektor lontaran.
    • lontaran dikira batal sekiranya pelontar menyentuh kawasan luar bulatan atau memijak di atas blok penahan semasa melakukan lontaran.
    • pelontar dikehendaki keluar melalui bahagian belakang bulatan lontaran.



    Tahukah Anda?
       Berat peluru bagi murid lelaki dan perempuan sekolah rendah ialah 2.72 kg.

    Lontar Peluru


    • Acara lontar peluru adalah salah satu acara olahraga.
    • Lontar peluru mula dipertanding sebagai acara padang pada tahun 1896 dalam sukan Olimpik di Athens.
    • Acara ini memerlukan kekuatan otot, kuasa dan kelajuan.
    • Peluru dalam acara ini diperbuat daripada besi yang padu atau tembaga.

    (A) Acara Lontar Peluru


    (B) Kemahiran Melontar Peluru

    Kita boleh melontar peluru dengan pelbagai teknik lontaran seperti:
    • gaya berdiri
    • gaya gelongsor selangkah
    • gaya putaran 
    • gaya O'Brien

    Gaya O'Brien merupakan teknik yang paling popular.
    Gaya O'Brien ini bersempena dengan nama parry O'Brien, iaitu atlet Amerika Syarikat yang mula memperkenalkan teknik lontaran ini.






    Teknik lontar peluru gaya O'Brien terdiri daripada empat fasa' iaitu fasa persediaan, fasa gelongsor, fasa lontaran dan fasa ikut lajak.

    • Berdiri di belakang bulatan dengan membelakangkan sektor lontaran.
    • Condongkan badan , kaki kiri diangkat ke belakang dengan lutut fleksi.
    • Imbangkan badan dengan tangan kiri.


    • Kaki kiri menendang ke belakang sambil engsotkan kaki kanan ke tengah bulatan.
    • Letakkan kaki kiri di belakang blok penahan.
    • Rendahkan kedudukan badan.





    • Gerakkan kaki ke arah lontaran sambil kilas pinggang.
    • Angkat badan ke atas dan halakan dada ke hadapan.
    • Tolak peluru dari bahagian atas bahu.


    • Tukar dengan pantas kaki kanan ke hadapan dan kaki kiri digerakkan ke belakang.
    • Fleksi lutut kaki hadapan.
    • Pindahkan berat badan dari kaki kiri ke kaki kanan.








    Friday, 7 December 2012

    Komposisi Badan

    Apakah maksud komposisi badan?
    • Komposisi badan merujuk pada peratusan lemak badan.
    • Komposisi badan boleh dikenal pasti dengan menggunakan Indeks Jisim Tubuh (IJT) atau Body Mass Index (BMI)


    Komposisi Badan Mengikut Jantina




    Tahukah Anda?
           Kandungan lemak yang sesuai bagi lelaki adalah tidak lebih 16%. Sementara, bagi perempuan pula tidak lebih 24%.


    Thursday, 6 December 2012

    Kemahiran Sepak Takraw



    Kemahiran asas sepak takraw :

    • sepak mula
    • mengawal
    • menghantar
    • mengumpan
    • merejam

    (A) Sepak Mula
    • dilakukan oleh tekong untuk memulakan permainan.
    • Bola yang disepak perlu melepasi jaring dan masuk ke gelanggang pihak lawan.
    • kemahiran ini dimulakan dengan lambungan bola oleh pemian apit kepada tekong.
    • sepak mula boleh menghasilkan mata jika bola tersebut mati dalam gelanggang pihak lawan.
    • memerlukan persefahaman antara pemain apit dan tekong.


    Teknik-teknik sepak mula:
    1. sepak mula bawah 
    2. sepak mula atas




    (B) Mengawal
    • bertujuan mengawal bola yang diservis dan dihantar oleh pihak lawan.
    • antara teknik mengawal dalam permainan sepak takraw termasuklah memetik, memaha, menanduk dan sepak sila.


    (c) Menghantar
    • kemahiran ini digunakan untuk menghantar bola lepada rakan sepasukan atau terus ke gelanggang pihak lawan.

    • pandang pergerakan bola
    • berdiri di atas kaki sokongan.
    • angkatkan dan fleksi kaki untuk mengawal bola.
    • kontak bola pada bahagian dalam kaki aras lutut.




    (D) Mengumpan
    • ialah kemahiran untuk melambung bola bagi membolehkan rakan melakukan rejaman.
    • umpanan boleh dilakukan dengan menggunakan teknik sepak sila.
    • bola yang diumpan perlu tinggi dan menepati sasaran.

    (E) Merejam
    • ialah kemahiran serangan untuk mematikan bola di gelanggang lawan.
    • rejaman boleh dilakukan dengan pelbagai cara sepakan atau tandukan.
    Kemahiran merejam dan mengadang


    • berdiri membelakangkan jaring.
    • melonjak dengan kaki dominan.
    • ayun kaki dominan.
    • kontak bola pada bahagian kekura kaki.
    • fleksi lutut semasa mendarat.

    ii. Rejaman dahi
    • berdiri menghadap jaring.
    • lentikkan badan semasa melompat.
    • kunci pada bahagian leher.
    • kontak bola pada bahagian dahi.


    iii. Mengadang
    • berdiri membelakangkan jaring.
    • melonjak dan adang bola dengan menggunakan kaki atau badan.